Thursday, July 29, 2010

Hormat

Dalam kehidupan kita sebagai orang Melayu,sudah tentu kita sering terdengar leteran ibu-bapa tentang cara kita tidak menghormati mereka.Hormat,adalah sesuatu perkara yang penting.Tanpa sikap menghormati orang lain,sudah tentu dunia ini tidak akan tenteram kerana ada sahajalah keselisihan faham akan timbul.Dari sini,saya akan menjelaskan lebih.

Dahulu dan selalunya,jika seseorang yang lebih muda ingin jalan melalui seseorang yang lebih tua,dia harus jalan sambil membongkok dan mengucapkan 'Tumpang lalu'.

Tetapi kini,tidak! Remaja-remaja Melayu kini sudah memberanikan diri untuk tidak meminta izin jika ingin melintas jalan seseorang yang lebih tua.Mungkin kerana zaman yang sudah moden ini,mereka fikir bahawa cara orang-orang dahulu menunjukkan hormat mereka kalut dan mereka tidak harus mengikuti sebegitu.Dan juga,sejak kebelakangan ini,saya sering terlihat anak-anak mendera ibu bapa mereka,baik dengan cara fisikal ataupun mental.Mereka tidak harus bederhaka sedemikian kerana ibu bapa mereka lah yang sudah membesarkan mereka sejak kecil lagi.Sungguh tidak membalas budi jasa orang tua.

Saya amat pantang jikalau ternampak seseorang yang bersikap biadap dengan orang tua.Boleh menyirap darah saya.Saya juga ada beberapa cadangan untuk bagaimana cara mengatasi masalah ini.Salah satu cara adalah untuk menyiarkan drama ataupun filem yang bertema ketidak hormatnya kepada orang-orang tua dan akibat di televisyen.Dengan cara itu,dapatlah penonton-penonton mempelajari daripada siaran-siaran tersebut dan tidak mengikut kesilapan yang terdapat di dalam siri-siri yang tersedia.

Kita harus mula sikap hormat menghormati.Terutama sekali,daripada sekrang.Jikalau tidak,semuanya akan terlambat dan kita akan menyesal.