Wednesday, July 28, 2010

Alat Muzik Tradisional - Kompang

Sering kita dengar bunyi kompang yang amat memekakkan,sambil menyambut kehadiran pengantin di majlis-majlis perkahwinan di Singapura.Kompang bukanlah sesuatu yang ganjil ataupun pelik pada pandangan masyarakat Melayu di Singapura.Ini kerana,mereka sudah terbiasa dengan kewujudan kompang tersebut.

Kompang berasal dari negeri Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim,atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang-pedagang.

Bunyi kompang kuat dan tegas bergantung kepada kulitnya.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.Biasanya.seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu untuk menegangkan permukaan kompang dan menguatkan bunyi kompang. Pada zaman yang moden kini,untuk tidak membazir masa semasa membuat kompang,gelung plastik menggantikan tempat kulit kambing.

Cara memain kompang adalah untuk menepuk kulit kompang dengan jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak.Ia biasanya dimain semasa perarakan,kenduri,majlis perkahwinan dan upacara-upacara tradisi yang lain.

Kini,saya jarang melihat kumpulan yang bermain kompang,selain di Malaysia.Remaja-remaja lelaki di Singapura sudah tidak lagi mengambil masa untuk bermain kompang,seperti remaja lelaki pada waktu dahulu,kecuali pada acara-acara yang khas.Mungkin kerana mereka terlalu sibuk dengan kerja sekolah dan kehidupan Singapura yang amat stres sehingga mereka terlupa untuk menguatkan lagi akar-akar budaya mereka.

Saya juga berasa amat sedih kerana orang Melayu kini sudah tidak lagi peduli dengan budaya mereka sendiri.Semogalah budaya Melayu yang agung ini tidak pupus dalam tangan orang-orang Melayu kini dan juga generasi-generasi yang akan datang.Saya juga berharap supaya adat bermain kompang pada upacara-upacara tertentu tidak hilang begitu sahaja dengan sia-sia.

Terimaaaa Kaaasih! :D

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kompang