Friday, July 30, 2010

Setiap pertemuan,pasti ada perpisahan.Ini adalah entri saya yang terakhir pada blog ini kerana saya sudah capai tahap 10 entri.

Seperti saya memulakan,Budaya Melayu adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diambil dengan ringan.Ini adalah budaya kita,tanggung jawab kita.Bukannya orang lain.

Saya berharap,pada masa-masa yang akan datang,masyarakat Melayu tidak dipandang rendah lagi oleh orang daripada budaya lain.

Budaya Melayu budaya kita,
Harus sentiasa diajaga-jaga.
Ada hari ada masa,
Semoga dapat lagi kita berjumpa.

Thursday, July 29, 2010

Pakaian Tradisional

Pakaian menunjukkan tradisi budaya seseorang bangsa itu. Dengan berpakaian sedemikian, kita akan dapat membezakan adat budaya dan golongan bangsa si pemakai. Contohnya di negara Singapura yang berbilang bangsa, kita dapat melihat pelbagai jenis pakaian contohnya yang dipakai oleh bangsa Melayu, Tionghua dan India. Pakaian sedemikian sering di gunakan terutama di majlis perayaan atau sewaktu musim Hari Raya.

Adat orang melayu amat prihatin dengan tradisi mereka dan kuat berpegang teguh kepada budaya, yang kebanyakannya turun temurun dari nenek moyang mereka dahulu. Salah satu pakaian tradisi yang paling digemari adalah baju kebaya, baju kurung dan kain samping. Di zaman dahulu, sebahagian besar rakyat melayu memakai baju kurung sebagai pakaian harian mereka. Yang berkain samping pula banyak dipakai oleh pegawai-pengawai istana raja dan orang-orang atasan. Pakaian juga membezakan darjat sebuah rakyat. Tidak lah lengkap jika berpakaian melayu tanpa mengenakan songkok untuk lelaki dan selendang untuk kaum wanita. Di zaman canggih seperti sekarang ini, trend berpakaian juga turut berubah mengikut peredaran zaman.

Tetapi kini,pakaian tradisional Melayu telah diubah suai mengikut citarasa si pemakai.Tiada lagi baju kurung yang hanya sekadar kain sahaja.Semuanya ada corak-corak yang tersendiri.Baju tradisional juga hanya dipakai pada hari-hari yang istimewa atau tertentu,seperti Hari Raya Aidilfitri,Majlis Perkahwinan dan berbagai lagi,dan tidak lagi dijadikan pakaian harian.

Pakaian lelaki juga sudah berubah.Tiada lagi kain samping.Saya amat setuju jika seseorang lelaki itu tidak mumpunyai kain samping,dia seperti kelihatan tidak lengkap.Remaja perempuan kini memakai baju kebaya yang amat ketat.Sehingga hampir kesemua bentuk badan ternampak.Entah apa objektif mereka memakai pakaian yang seketat begitu sehingga hendak bernafas pun susah,apa lagi hendak duduk.Lagi susah.

Jika ingin baju kebaya/kurung itu mengikuti fesyen,tentu sahaja boleh.Tetapi tidaklah sehingga melupakan ada-adat orang dahulu ataupun sehingga menyusahkan diri sendiri. :D

Muzik Tradisional

Muzik adalah alunan dari gabungan irama dan lagu. Terdapat banyak jenis muzik contohnya seperti 'keroncong', 'dondang sayang' dan 'gamelan' . Di zaman dahulu, muzik sering dimainkan oleh rakyat, selepas penat sehari suntuk bekerja di sawah ladang, untuk tujuan hiburan. Alat2 muzik juga di turut serta untuk menambah lunak merdu nyanyian mereka.

'Dondang sayang' berasal dari negara Pahang, dan ianya bermula dari berbalas pantun diantara pasangan. Setiap rangkap atau soalan yang diajukan oleh 'si penjual', harus lah di jawap secara spontan.Dari situ lah lahirnya rangkap lagu 'dondang sayang'. Contohnya begini,

'Dari mana datang nya cinta...dari lah mana datangnya cinta,...
''Dari mata turun ke hati...ala dondang sayang..dari lah mata turun ke hati...'


Keroncong adalah jenis muzik yang berasal dari Jawa Timur. Alat muzik yang berbeza juga digunakan untuk mereka rentak alunan muzik keroncong. Bunyian angklong dan biola memainkan peranan yang penting untuk melahirkan muzik keroncong.
_________________________________________________________

Itulah latar belakang tentang muzik tradisional budaya Melayu.Amat unik,bukan? Ini kerana rentaknya yang amat rancak.Muzik digunakan sebagai salah satu hiburan pada waktu dahulu,ketika televisyen dan komputer belum lagi dicipta.Jika tiada muzik,sudah tentu ramai orang akan berasa amat,amat bosan sekali.

Di Singapura,pada zaman kini,terdapat ramai orang muda yang amat meminati muzik.Ini adalah sesuatu perkara yang baik kerana bidang muzik dalam Budaya Melayu tidak akan dapat pupus dengan kehadiran pemusik-pemusik yang amat mencintai muzik.Mungkin juga,mereka dapat menghidupkan kembali semula muzik-muzik dari zaman dahulu.

Saya amat menyokong orang muda yang meminati muzik.Semoga mereka akan dapat mendapat peluang untuk merantau lebih jauh dan menyebarkan muzik-muzik budaya Melayu kepada orang-orang lain.Semoga berjaya.

Hormat

Dalam kehidupan kita sebagai orang Melayu,sudah tentu kita sering terdengar leteran ibu-bapa tentang cara kita tidak menghormati mereka.Hormat,adalah sesuatu perkara yang penting.Tanpa sikap menghormati orang lain,sudah tentu dunia ini tidak akan tenteram kerana ada sahajalah keselisihan faham akan timbul.Dari sini,saya akan menjelaskan lebih.

Dahulu dan selalunya,jika seseorang yang lebih muda ingin jalan melalui seseorang yang lebih tua,dia harus jalan sambil membongkok dan mengucapkan 'Tumpang lalu'.

Tetapi kini,tidak! Remaja-remaja Melayu kini sudah memberanikan diri untuk tidak meminta izin jika ingin melintas jalan seseorang yang lebih tua.Mungkin kerana zaman yang sudah moden ini,mereka fikir bahawa cara orang-orang dahulu menunjukkan hormat mereka kalut dan mereka tidak harus mengikuti sebegitu.Dan juga,sejak kebelakangan ini,saya sering terlihat anak-anak mendera ibu bapa mereka,baik dengan cara fisikal ataupun mental.Mereka tidak harus bederhaka sedemikian kerana ibu bapa mereka lah yang sudah membesarkan mereka sejak kecil lagi.Sungguh tidak membalas budi jasa orang tua.

Saya amat pantang jikalau ternampak seseorang yang bersikap biadap dengan orang tua.Boleh menyirap darah saya.Saya juga ada beberapa cadangan untuk bagaimana cara mengatasi masalah ini.Salah satu cara adalah untuk menyiarkan drama ataupun filem yang bertema ketidak hormatnya kepada orang-orang tua dan akibat di televisyen.Dengan cara itu,dapatlah penonton-penonton mempelajari daripada siaran-siaran tersebut dan tidak mengikut kesilapan yang terdapat di dalam siri-siri yang tersedia.

Kita harus mula sikap hormat menghormati.Terutama sekali,daripada sekrang.Jikalau tidak,semuanya akan terlambat dan kita akan menyesal.

Bahasa Melayu

"Aku tak tau la.You tunggu sini kejap,I nak gi bawah nak beli prepaid card"

Itulah yang salah satu contoh bagaimana remaja zaman kini menyalahgunakan bahasa Melayu.Mereka mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,supaya kelihatan ataupun kedengaran lebih canggih di hadapan rakan-rakan mereka.Tetapi,adakah mereka sedar bahawa apa yang mereka sedang lakukan telah menjatuhkan nilai Bahasa Melayu Baku kita? Tidak malukah mereka jika orang daripada budaya lain menyoal tentang bahasa Melayu yang sudah entah ke mana hilangnya kesempurnaannya.

Dari itu,saya sangat bercadang agar kesemua sekolah-sekolah di Singapura untuk menegaskan murid-murid Melayu mereka untuk menghadiri kursus-kursus untuk tidak berbual bahasa 'campur' itu.Tetapi,apakanlah daya saya.Hanya seorang murid sahaja,dan tiada kedudukkan untuk berbicara tentang perkara ini.

Saya berharap jika pada masa-masa yang akan datang,murid-murid elakkan diri daripada menggunakan bahasa bercampur aduk itu.Saya juga,harus mencuba untuk tidak menggunakan bahasa tersebut.Kita,sebagai orang Melayu,tidak harus merendahkan nama budaya kita.Tetapi sebaliknya,mengharumkan lagi reputasi budaya Melayu kita supaya ramai orang lebih tertarik dengan budaya ini.

Wednesday, July 28, 2010

Alat Muzik Tradisional - Kompang

Sering kita dengar bunyi kompang yang amat memekakkan,sambil menyambut kehadiran pengantin di majlis-majlis perkahwinan di Singapura.Kompang bukanlah sesuatu yang ganjil ataupun pelik pada pandangan masyarakat Melayu di Singapura.Ini kerana,mereka sudah terbiasa dengan kewujudan kompang tersebut.

Kompang berasal dari negeri Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim,atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang-pedagang.

Bunyi kompang kuat dan tegas bergantung kepada kulitnya.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.Biasanya.seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu untuk menegangkan permukaan kompang dan menguatkan bunyi kompang. Pada zaman yang moden kini,untuk tidak membazir masa semasa membuat kompang,gelung plastik menggantikan tempat kulit kambing.

Cara memain kompang adalah untuk menepuk kulit kompang dengan jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak.Ia biasanya dimain semasa perarakan,kenduri,majlis perkahwinan dan upacara-upacara tradisi yang lain.

Kini,saya jarang melihat kumpulan yang bermain kompang,selain di Malaysia.Remaja-remaja lelaki di Singapura sudah tidak lagi mengambil masa untuk bermain kompang,seperti remaja lelaki pada waktu dahulu,kecuali pada acara-acara yang khas.Mungkin kerana mereka terlalu sibuk dengan kerja sekolah dan kehidupan Singapura yang amat stres sehingga mereka terlupa untuk menguatkan lagi akar-akar budaya mereka.

Saya juga berasa amat sedih kerana orang Melayu kini sudah tidak lagi peduli dengan budaya mereka sendiri.Semogalah budaya Melayu yang agung ini tidak pupus dalam tangan orang-orang Melayu kini dan juga generasi-generasi yang akan datang.Saya juga berharap supaya adat bermain kompang pada upacara-upacara tertentu tidak hilang begitu sahaja dengan sia-sia.

Terimaaaa Kaaasih! :D

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kompang

Monday, July 26, 2010

Tarian Tradisional Melayu

Terdapat banyak tarian Melayu. Ia bermula dari tarian Melayu Asli hingga ke tarian Melayu yang dipengaruhi dari negara-negara lain. Contohnya, di indonesia dan Brunei. Walau bagaimanapun, ia tetap diadaptasikan ke dalam budaya melayu.

Ramai akan menyangkakan bahawa tarian tradisional Melayu semuanya sama.Tetapi,di sebaliknya,ia terbagi kepada 3 kategori iaitu tarian istana,tarian moden dan tarian rakyat.

Contoh-contoh bagi setiap tarian adalah:

Bagi Tarian Istana,
Pertama adalah Tarian Asyik.
Tarian ini dipersembahkan semasa upacara rasmi dan festival termasuk majlis-majlis perkahwinan di istana Melayu. Ia dimulakan dengan 10 orang dayang yang berpakaian cantik, lalu berduduk dengan sopan-santun sambil menunggu primadona tarian muncul. Apabila beliau tiba ,tarian ini dimulakan dengan pergerakan dan lenggok badan yang lembut.
Ia berasal di Pattani pada 1644 apabila kehilangan burung kesayangan permaisuri.Tarian ini dicipta untuk menghiburkan hatinya yang sedang berdukacita.

Kedua adalah Tarian Gamelan
Tarian klasik ini bermula di istana di Riau dan Linga pada kurun ke 17. Pertama kali ia dipersembahkan adalah di Pahang pada tahun 1811,ketika berlangsungnya majlis perkahwinan Tengku Hussain dengan Wan Esah.
Tarian ini dipersembahkan oleh penari-penari perempuan sahaja dan terdapat unsur-unsur Jawa pada pakaian para penari.


Bagi Tarian Modern,
Pertama adalah Tarian Asli.
Tarian ini berdasarkan lagu Melayu asli seperti Makan Sireh, Gunung Banang dan lain-lain lagi.
Contohnya, di dalam Tarian Sireh, semua penari memakai pakaian Melayu dan membawa set tepak sireh di atas pentas sambil membuat pergerakan yang lemah gemalai mengikut irama asli. Tarian ini memang susah dilakukannnya.
Ia merangkumi pergerakan yang perlahan,berterusan dan lemah lembut.

Kedua Tarian Zapin,
Tarian ini dipercayai bahawa agama Islam di Timur Tengah diperkenalkan kepada Malaya pada abad kelima belas .
Pada asalnya, tarian ini hanya dilakukan oleh lelaki namun,penari wanita juga melakukannya pada zaman sekarang. Ia dilakukan dengan irama & kaki 1,2,3,4 dan dipanjangkan ke samping pada hitungan terakhir. Tarian ini dapat dilakukan di tempat, musafir maju dan mundur atau menyerong dalam bentuk asas .


Yang terakhir adalah Tarian Rakyat,
Salah satunya adalah Tariam Ayam didik
Tarian ini menggambarkan pergerakan ayam jantan yang sedang bersabung. Tarian ini dikatakan dicipta oleh sekumpulan penari dari Perlis.
Bagi tarian ini, lagu Ayam Didik akan dimainkan bagi mengiringi tarian. Antara alatan muzik yang digunakan ialah biola, gendang dan calempong.
Cintailah Budaya Kita.

Makanan

Sememangnya,makanan adalah asas yang paling penting dalam hidup kita.Tanpa makanan,kita tidak mungkin mempunyai tenaga untuk berjalan,berlari dan mahupun lagi,untuk hidup.

Latar belakang:
Makanan tradisional orang Melayu dipengaruhi oleh makanan dari negara-negara yang lain seperti India dan China.Pada masa dulu,ramai pedagang-padagang dari negara lain yang datang untuk berdagang akan memperkenalkan makanan tradisional mereka tersendiri dan juga mempengaruhi makanan Melayu sekarang.

Di Singapura,makanan Melayu amat diggemari kerana hidangan-hidangannya kebanyakan terasa amat pedas dan berempah.Dan juga,orang-orang Asian juga banyak yang suka memakan makanan yang sangat pedas sehingga melilir air mata.Dari itu,makanan Melayu amat terkenal di kalangan orang-orang di Tenggara Asia.

Di Singapura,beberapa makanan Melayu yang amat terkenal adalah:

Nasi Lemak
Nasi yang dimasak bersama santan kelapa dan mempunyai aroma daun pandan.Hidangan ini selalunya dijamah panas pada waktu pagi.Kebanyakan hidangan tersebut dihidangkan bersama beberapa ekor ikan selang kuning,telur,sambal dan ada juga gerai yang menambah kepak ayam yang digoreng.

Sate
Sate adalah beberapa ketulan daging,mahupun daging lembu,ayam ataupun ayam,yang dicucukkan kepada sebatang lidi kayu.Sate selalunya dibakar dengan arang yang panas dan dimakan bersama kuah kacang dan juga ketupat.Pada zaman yang moden ini,ada juga restoran yang memasak sate dengan cara menggoreng,supaya masa untuk memasaknya lebih pantas.

Rendang Daging
Rendang daging adalah sebuah hidangan daging yang dimasak apabila bumbu tertentu sudah meresap ke dalam daging tersebut.Rendang daging sering dimasak pada hari-hari yang istimewa seperti,Hari Raya Aidulfitri dan pada majlis-majlis perkahwinan.Kini,untuk mengurangkan kos,ayam juga boleh digunakan dalam hidangan ini selain daging.


Sememangnya,makanan Melayu sangat terkenal sehingga ramai budaya lain yang 'mencuri'-nya dan menganggap budayanya sebagai pemilik hidangan tersebut.Dan kerana itu,kita,sebagai orang Melayu,harus menyelamatkan makanan-makanan tradisional kita daripada diambil oleh budaya lain.

Tuesday, July 6, 2010

Permainan Tradisional

Permainan-permainan tradisional orang Melayu amat menarik hati.Permainan-permainan tersebut bukanlah hanya setakat kewujudannya yang sudah berabad-abad lamanya tetapi juga,segelintir daripada permainan-permainan tersebut masih lagi menjadi hiburan kepada remaja-remaja sehingga hari kini.

Di antara permainan tersebut,yang lebih dikenali ramai adalah:
Gasing,Congkak,Batu Seremban dan Sepak Takraw.

Pada zaman yang moden sekarang,banyak permainan tradisional telah digantikan dengan alat permainan elektronik yang canggih-canggih belaka seperti PSP,XBox 360,Nintendo DS dan macam-macam lagi.Permainan tradisional kini sudah surut nilainya berbanding zaman dahulu,dimana ia menghiburkan kanak-kanak setiap hari.

Jika orang-orang Melayu tidak mempertahankan salah satu artefak sejarah mereka,iaitu permainan tradisional,tiada orang akan.Mungkin,pada masa hadapan,permainan tradisional orang Melayu hanya akan wujud sebagai suatu kenangan manis di hati.

Budaya Melayu

Salam perkenalan :D

Budaya Melayu adalah sesuatu budaya yang saya rasa amat berbeda dengan budaya yang lain.Ini kerana,budaya kita mempunyai cara yang tersendiri,baik dalam seni,perbualan,busana,penghiburan dan yang lain-lain.

Tetapi sayangnya,Budaya Melayu kini sudah semakin lenyap di mata dunia.Ini kerana,ramai orang Melayu yang sudah terpengaruh dengan budaya orang asing.Mereka ingin menjadi seperti bintang-bintang filem yang terpampar di muka televisyen tetapi tidak hirau untuk memperteguhkan budaya sendiri.Inilah masalah yang ada pada kebanyakan orang Melayu,iaitu mementingkan diri sendiri.

Dari itu,saya akan cuba untuk menyebarkan budaya kita,supaya semoganya,orang ramai lebih tahu tentang budaya Melayu yang amat unik ini.

Saya juga berharap agar masyarakat Melayu di Singapura saling bantu-membantu sesama budaya supaya tiada orang Melayu yang ketinggalan.Marilah kita sama-sama memajukan lagi Budaya kita ini dan tidak membiarkan orang lain menghinanya.

Sehingga lain hari.